Posts

Showing posts from February, 2020

job for life

19/02/2020 2020. Masih menganggur.  Aku cuba bermacam cara. Apakah aku masih tidak cukup pengalaman? Adakah aku overqualified sudah untuk mendapat kerja biasa setakat jadi Tearista di Tealive? Bila difikir-fikir, aku tiada bermasalah. Rupanya, yang menjadi ukuran adalah resume atau CV yang aku bina sendiri menggunakan PowerPoint. Aku lebih gemar membuatnya sendiri berbanding menggunakan template sedia ada di google. Adakah resume ku cukup untuk 'menjual' dan 'memasarkan' kualiti diri aku ini? Jawapannya tidak. Tidak boleh dikira berapa kali sudah aku mengubahsuai resumeku, sampai naik muak dan stress menghadap benda sama. Aku sudah tidak tahu apa yang aku perlu ubah, apa yang aku perlu tambah, apa yang penting yang patut ada dalam sekeping resume tersebut. 2020 ni aku cuba lagi. Tak rugi untuk diubah, semakin kreatif dan semakin banyak idea yang boleh dicurah kalau kite usaha. Aku google contoh resume terbaik. Terlalu banyak pilihan, terlalu banyak jeni...